Archive for the ‘Life’ Category

Assalamu’alaikum semua,

Pagi ni rasanya nak kongsi tips kepada sesiapa yang bakal berumahtangga, nak cari calon isteri or suami, and also kepada sesiapa yang dah bernikah pun boleh baca. Tips ni memang sangat berguna, walaupun saya belum lagi mengalami proses-proses ni, jom baca:

1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Artikel iluvislam.com

Salam kepada semua rakan dan taulan, sempena Eidul Adha yang bakal disambut pada 10 Zulhijjah 1431H ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam Eidul Adha.

Eidul Adha

Salam Eidul Adha

Eidul Adha merupakan satu sinonim kepada pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. kepada Nabi Ismail a.s. Setiap kali datangnya Eidul Adha, seringkali kita terungkap dengan peristiwa dimana seorang nabi yang agung, Nabi Ibrahim a.s. diperintah oleh Allah s.w.t. supaya menyembelih anaknya yang amat baginda sayangi, Nabi Ismail a.s. Namun, kerana kasihnya kepada Allah s.w.t, dengan segala Rahmat-Nya telah ditukarkan Nabi Ismail a.s. itu kepada seekor kibas sepertimana yang tercatat dalam Al-Quran, Surah As-Soffat:102;

Maka ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur Yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.
 
Daripada peristiwa tersebut menunjukkan bahawa Allah s.w.t. sentiasa membantu umatnya yang sentiasa bersabar dalam menghadapi suatu ujian yang diberikan oleh Allah.
Pada masa kini, pengorbanan bukanlah sahaja dari melakukan ibadah Qurban, yakni menyembelih binatang yang empat kaki, namun ia juga merupakan pengorbanan dari segi rohani dan jasmani daripada melakukan perkara-perkara yang dikeji oleh Allah s.w.t seperti mana yang terkandung dalam Al-Quran, Surah Ali-Imran:110;
“Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik”
 
Oleh itu, pada hari yang mulia ini, bukan sahaja hanya pada Eidul Adha, kita seharusnya istiqamah dalam melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: “Seutama-utama amal ialah amar ma’ruf dan nahi mungkar (menganjurkan kebaikan dan mencegah kejahatan), dan membenci orang yag fasiq (melanggar hukum). Maka siapa yang menganjurkan kebaikan bererti memperkuat orang mukmin dan siapa mencegah mungkar bererti menghina orang munafiq“.
Pada hari yang mulia ini, moga kita semua dapat mempertingkatkan diri kita dalam beribadah kepada-Nya disamping menjauhkan diri kita dalam melakukan perbuatan maksiat kepada Allah s.w.t. Sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita semua, jangan sesekali murka kepada-Nya nescaya kita akan ditimpa bala daripada-Nya.
Pengorbanan bukanlah satu penyeksaan, tapi suatu ujian yang diberikan oleh Allah supaya kita bersabar menghadapinya dan sentiasa berfikir untuk mencari jalan penyelesaiannya. Fikirkanlah….

I’m not really sure what have I done for the last few weeks. I wonder if I enter this program, what will happened next,  to me and also my entire family.

Investments? Oh I really not sure about this. I just take it for granted because my mom told me that’s nothing to be worried about by entering this program.

Last few weeks ago, my mom told me that something gonna change our life if we take action. I sighed and argued with my mom “What’s wrong with you mama? I think this is the most dangerous things that I’m going to be done.

Dealing with some sophisticated people gave me somewhat a big impact to my behaviour of thinking. I try to cope from what they’ve told me, i.e. your life will change after you’ve joined this business.

I’ve made some research on this particular business but most it ends with failure, meaning thereby I didn’t find any details that referring to this business. By the way, I’ve invested for RM2k for this and hoping that it’s gonna be true. I’m not really sure if I can make it for this business or not, either I can trust them or not until I get the money back guarantee. Just pray to Allah that He’s gonna change my life hopefully.

Currently I’m just waiting for next week, hopefully the process will  be as smooth as it is.

Usually, I’m frightened to enter any kinds of business, because firstly I don’t have any basics on business, secondly, I’m afraid to take challenge in business from others. But I don’t know, this time somehow, I became so brave to involve in this particular business. Let’s just be cool on what will happen to me and my family next week.

Let Allah decide for me upon this matter. Only He knows what’s the best for me and my family.